
Ini anak Abe Li. Dua orang. Lelaki dua-dua. Satu umur 4 tahun dan yang kecik sikit umur 2 tahun. Bagi dua anak kecil ini, mereka hanya tahun main dan berbogel. Tiada Tong-tong bak dalam minda mereka, tiada perkataan Doraemon ataupun Upin dan Ipin. Jadi jangan tanya pasal telivisyen bila jumpa mereka. Hiburan mereka hanya bermain sabun ditiup menjadi buih-buih dan basikal kecil beroda tiga yang di jual di Mydin. Mereka bangun seawal pagi dan mereka main. Karang-karang pukul sepuluh pagi baru mereka keluar rumah dengan Abe Li. Itupun sebab rumah sudah mula panas disebabkan matahari semakin terik dan rumah yang tiada kipas siling atau kipas berdiri. Jarang kita dengar orang keluar rumah bila mentari sudah menaik. Kita lebih rela lepak di rumah berbaring dengan kipas berskala lima. Cukup buat tidur petang enak dibuai mimpi.
Anak Abe Li ada 14 orang semua sekali. Tapi tinggal dua. Dua orang kena culik dibawa lari pengasuh. Yang selebihnya dijaga atuk dan nenek dan yang selebihnya diambil orang. Abe Li masih kuat lagi cuma strok yang dialaminya kadang-kadang menyukarkan keadaan Abe Li. Pendapatan Abe Li tidak banyak hanya dengan mengumpul kotak dan botol-botol kaca. Kalau hujan susahla Abe Li nak mencari. Kadang-kadang ada duit hasil kumpul dan jualan, bolehla Abe Li makan nasi. Rumah Abe Li dengan pejabat kebajikan masyarakat hanya 100 meter lebih kurang. Sudah lima kali mohon bantuan tapi masih dotolak mentah-mentah. Alasannya tidak cukup syarat. Rumah Abe Li pula adalah bekas kontena kontraktor buat bangunan. Cukup buat tidur 4 anak beranak. Ironi bukan? Syarat? Wadefak.
Semalam pihak atasan sudah mula mengadakan perbincangan. Pihak mahkamah akan mengambil tindakan sekiranya Abe Li tidak mengosongkan tanah di kawsan tersebut. Abe Li cuba mencari rumah-rumah kalau boleh di sewa. Di sini paling murah pun rumah dalam RM300. Bukan senang bagi Abe Li. RM300 ibarat RM3000 bagi beliau. Kemungkinan besar tapak rumah Abe Li akan dibuat kondominium dan pihak atasan hanya boleh memberikan hadiah saguhati kepada beliau sebagai pampasan. Untung-untung Abe Li kadang-kadang ada orang datang bagi baju. Ada juga yang bermurah hati bagi wang ringgit. Waktu malam, Abe Li keluar jumpa kawan-kawan bertanya jika ada tempat-tempat boleh buat meniaga baiki dan jahit kasut. Kalau nak kerja berat memang sudah tidak mampu dengan strok yang dialami. Malu mungkin sudah tiada dalam kamus hidup Abe Li. Anak-anak jadi penguat kepada segala rintangan.
Itu kisah Abe Li. Belum lagi kisah Abe-abe yang lain. Yang terperosok celah mana tak diberi perhatian langsung. Mujur tayangan amal baru-baru ini dapat perhatian beberapa dermawan yang bermurah hati menyumbang beras setiap bulan dan kisah Abe Li diperluas ke suratkhabar Melayu dan Cina.
"Abe Li tak tahu nak balas macamana, cuma Abe Li harap Tuhan dapat balas jasa baik kamu semua" Abe Li.
NotaKaki:sori gua tak sensored gambar atas.

