Segambut Tahun 1994.
Di satu bulan Ramadhan yang mulia. Sebuah keluarga sedang asyik meyiapkan makanan sahur untuk puasa pada esok hari. Esok merupakan hari pertama puasa. Maka kedengaran bunyi ketang! ketang! ketang! periuk dan pinggan mangkuk di segenap rumah di Taman Segambut ini. Benda-benda sahur ini, bagi emak-emak sahaja yang hendel. Bila dah kena masa nanti, siapla lauk-pauk atas meja. Kuasa tangan emak-emak mampu menggoncangkan dunia dan yang paling pasti Ibrahim Ali dengan sekali jentik akan tumbang.
Arena sahur di zaman sekolah rendah bukanlah satu benda yang remeh nak hendel. Sebagai anak yang elok pekertinya, sahur di taman segambut pada umur darjah empat boleh bertukar kepada malapetaka kalau tak kena cara. Sedang emak mengejut anak-anak bangun makan sahur. Kelihatan ayah pula turun ke dapur sambil membetulkan kain pelikat dengan mata terkebil-kebil. Anak-anak liat bangun turun menuju ke dapur. Jalan menuju ke dapur ada banyak stesennya. Semua sekali, perjalanan ke dapur mengambil masa 15 minit tidak termasuk pergi jamban. Perjalanan start jadi serius bila kedengaran ngauman singa emak mengatakan sahur nak habis.
Tiba meja makan, ayah tengah menyuap nasik ke mulut. Adik-beradik yang lain tersengguk-sengguk atas meja makan. Opening sahur kali ini memang tak kena gaya. Selera tak berapa nak ada. Mata pun tak berapa nak boleh buka. Emak pantas menghulurkan air milo panas.
" Air sejuk tak ada ke mak?" tanya anak muda berdarjah empat.
"ada dalam peti, kalau tak nak makan, minum air sikit. Nanti takla kosong sangat perut tu" bingkas emak.
Dengan jarak penglihatan seluas sepuluh kuasa enambelas mikrometer. Yang hanya nampak ialah pintu peti ais dan air sejuk dalam peti ais.
Gup! gup! gup! gup!
Sedap rupanya pekena air sejuk pukul 5 pagi. Macam telan ikan emas pun ada. Tapi manis sedikit. Rasa kurma pun ada. Manis-manis pedih.
Keesokkan harinya, tinggal lagi 3 jam nak berbuka dan emak bercadang nak buat kuih deram. Kuih deram lebih kurang kuih telinga keling. Nak buat kuih deram kena pakai air gula dan gula melaka. Lantas dengan tidak semena-mena emak jadi bising tak tentu hala.
"Ni siapa punya kerja ni!!!" tengking emak.
"Kenapa emak?" tanya anak muda darjah empat.
"Siapa yang minum air gula dalam peti ais ni?" sound emak menggengam kemas botol air gula.
***
Bermula tahun 1994 sehingga kini, dah boleh cam air gula mana satu. Yang pakai botol 7-up ialah air gula. Tapi, nampak gaya tak kena modus operandi juga. Kalau ada tetamu datang, ramai yang terkena jerat gula.
3 repekan:
huhuhu....anak muda itu mesti kamu..!!hihihi:D
tak. seorang anak muda yang mencapai apa-apa dalam hidup
Pd layout citer ni NDK pun berguling terkawa hehe.. Baru segar layan NDK yg tokseh Zzzz hoho..
Post a Comment