Tuesday, August 9, 2011

Sabai-sabai

Baiklah Salam 1 Malaysia.

Lepas solat Jumaat hari itu, terus siap-siap pakai semat-semat. Rambut pun tak pernah nak Korea macam hari-hari lain. Entah kenapa semangat berkobar-kobar di dada semakin tak keruan. Ceria pun bukan main lagi. Seronok macam nak pergi mandi laut pun ada. Tengah sedap-sedap nak keluar rumah, kaca mata hitam pula entah kemana. Kalau tak berkaca mata hitam karang tak berapa nak nampak pelancong. Tak apa, benda kecil begini boleh setel bila sampai destinasi kejap lagi. Buat masa sekarang, yang penting ialah terus berperangai kacak dan kelihatan seperti Aaron Aziz.

Berkumandang lagu sabai-sabai dalam kereta entah dari mana datang seolah-olah ingin membangkitkan suasana. Paling jelek ialah mendengar siaran radio seberang yang kononnya boleh memberi perkembangan terkini berkenaan cuaca dan jatuh naik saham di sana. Nanti bila sampai sana nanti tak adalah bangang sangat. Walaupun hakikatnya, seekor malaon pun tak faham bahasa seberang sana. Masing-masing nak buat handal.

Sewaktu naik bot, dah tak ada rasa apa-apa dah. Kaki sebelah kanan dalam bot, lagi sebelah dah keluar terkapai-kapai nak berlari pun ada. Kalau boleh lari dah lari. Tapi boleh tahan dalam sungai ini membuatkan malaon-malaon tak beberapa berani nak bergurau-senda dalam bot.

Prang! Prang! Prang!

Bot berhenti. Malaon-malon senyap. Mata masing-masing bertemu mata. Perlahan-lahan keluar dari bot. Kelihatan bendera Siam berkibar megah. Di sisinya, kelihatan askar Siam dengan bayonet dan selaras senapang automatik. Satu senyuman nipis diberikan oleh abang askar.

Welcome to Golok!

Berbuka puasa di Golok sambil menikmati makanan yang betul-betul Siam adalah dua perkara yang paling true dalam bulan puasa ini.

Namun, walau semua benda boleh didapati di golok. Ada satu benda yang cari di mana-mana kedai pun tak dapat. Gampang, rupa-rupanyaba dekat Golok orang tak jual rokok Dunhill emas berkilau. Orang main Marlboro. Pihak kerajaan Siam perlu mengambil berat akan hal-hal begini.

3 repekan:

cintakhadijah said...

org korea ke Golok! ;p

adreen said...

orang Gorea

syafiq said said...

saya pon nk ge golok....
hahahhaha