Monday, September 26, 2011

Bank Rakyat.

Sudah lama tak menulis. Rasanya, waktu seperti sekarang sedang elok untuk aku pencen dari dunia penulisan. Lagipun umur lanjut seperti sekarang elok duduk rumah dan tanam pokok bunga kertas. Sambil-sambil menolong bini jemur kain di ampaian dan main dengan cucu.

Persatuan blog ini pun satu hal, buatlah persatuan jadi kementerian. Supaya penulis tegar blog boleh dapat gaji bulanan. Ini semua kerja nak jadi setan. Kerajaan patut letak persatuan blog-blog ini di bawah kementerian sumber manusia. Senang sedikit nak hendel gaji, pencen, EPF, socso dan nak buat pinjaman dengan bank rakyat senang untuk main multilevel. Bank Rakyat pula adalah bank paling bangang di muka bumi dan bank paling setan. Lain kali kalau dah buat ubahsuai bank jadi besar, tambahla mesin ATM dua tiga dan mesin masuk wang. Bangang apa bank bukan main besar dan ada satu sahaja mesin masuk wang? Tidak guna juga buat bank sebesar padang bola dan memiliki satu mesin masuk wang. Kepala kakak dia bank pilihan anda?!!!

Benda senang begini pun nak kena ajar. Itulah banyak sangat main dengan wang sampai berfikir sudah tiada kreativiti lagi. Banyak sangat fikir guna otak, lain kali staf-staf bank ini cuba pakai kepala lutut.

Keh keh keh. Ini baru dua bulan tak menulis. Oh, Lisa Surihani kirim salam semua.

4 repekan:

Anonymous said...

menulis x pakai otak

adreen said...

Ingat.pakai kepala lutut

rouh adi said...

satu luahan yg bernas!!!

KOMENG55 said...

Haah !! biskut lutut chooii !!!