Saturday, October 29, 2011

2304


Pada tahun 2304, ketika manusia sudah berhenti menghisap ganja dan rokok, semuanya kelihatan lebih jelas. Telefon sudah tidak lagi releven. Manusia mula bercinta dengan robot. Manusia hidup dengan bantuan oksigen dan bukan lagi pada pokok. Pokok pada zaman itu sudah pupus lenyap di cakerawala ke tiga. Fotosintesis tidak lagi berlaku. Lebih banyak proses terbalik. Air osomosis, udara osomosis dan anak kecil banyak meluangkan masa dengan permainan simulasi komputer untuk merangsang otak.

Kehidupan terlalu laju. Masa terlalu zalim. Manusia pula banyak bergantung kepada pokok dan hutan belantara buatan sendiri. Segalanya tampak mudah dan senang. Apabila manusia mula mendewakan teknologi, Tuhan mula perlahan-lahan dilupakan. Tuhan pula wujud dalam pelbagai ideologi pemikiran manusia. Kemunculan kuasa-kuasa pendominasi ekonomi terlalu berat untuk dikalahkan. Di suatu sudut yang lain, sebuah keluarga menjalani kehidupan manusia normal. Menjalani kehidupan yang berasakan tahun 1990. Tahun yang ada Love and peace. Babi dan arak masih haram ketika itu. Kanak-kanak merangsang otak dengan bermain permainan buatan sendiri. Pistol buah ceri misalnya dan konda-kondi.

Di zaman 2304, di mana zamannya semua benda sudah ada di depan mata. Kecuali Love and peace. Manusia hidup dalam penuh kasihan ketika itu.

2 repekan:

CintaKhadijah said...

cintakhadijah likes dis. ^^p

rouh adi said...

beyond expectation...wow