Tuesday, October 4, 2011

Bayi.




Ada satu subjek yang paling power dan sampai kapan pun ia masih lagi subjek yang paling power susah. Subjek ini diambil sebagai syarat wajib untuk bergraduasi menjadi seorang graduan Fizik. Subjek ini dikenali sebagai Keelektrikan dan kemagnetan II (ZCT 304E/3).

Masa mula-mula tengok kertas periksa, ada dua benda yang dapat dirumuskan. Pertama, kertas periksa ada 5 soalan dan wajib jawab kesemua lima soalan. Kedua, semua lima soalan yang terpampang di atas kertas susah macam cilaka dan buat setengah jam boleh keluar dewan periksa. Jangan tanya susah sangat ke soalan? Sebenarnya soalan susah nak mampus sampai tak tahu nak jawap apa. Pun begitu, soalan susah macam mana sekalipun, tiada satu pun tempat kosong dibiarkan lopong pada kertas jawapan.

Budak-budak Fizik yang rasa nak menengok soalan susah boleh klik dekat SINI

Zaman belajar dulu banyak bezanya seperti sekarang. Sekarang kehidupan bertuhankan hedonisme. Itu mungkin adalah sebabnya. Pada kehidupan sekarang, terlalu banyak ilmu disuapkan sehinggakan nak berfikir komplikated sedikit sudah bukan main kompleks. Kenapa wujudnya, soalan seperti saya tidak tahu nak study apa? nanti periksa nak jawab macamana? nak kena lukis ke gambarajah? soalan periksa agak-agak keluar apa? kalau tak jawab tak apa kan? Ini semua adalah solana-soalan bangang yang tidak perlu ditanya. Sepertinya sekarang, kuasa bukan di tangan pengajar, tapi di kepala lutut pelajar. Sikit-sikit nak soalan senang. Kalau bagi susah, markah yang keluar macam gampang.

Tujuan otak kita dibina bukanlah atas dasar berfikir semata-mata. Malah dalam filem Limitless, mengatakan manusia hanya menggunakan 10% daripada keseluruhan bahagian otak. Ratio adalah sangat sedikit berbanding 90% yang lain. Bagaimana manusia stimulasikan bahagian yang tidak digunakan ini? Bagaimana mahu berfikir disebalik pemikiran yang asal? itulah yang dipanggil rahsia. Rahsia ini terpulang kepada individu-individu tersebut. Ya, kecenderungan manusia pada zaman lampau untuk mencipta disebabkan pesekitaran. Dulu mana ada talipon-talipon tangan. Mana ada Fesbuk. Mana ada komputer dan mana ada blog seperti yang aku tengah tulis ini. Dulu manusia serba kekurangan, dan disebabkan kekurangan mereka mempunyai kreativiti yang sangat-sangat tinggi.

Itulah ruginya lahir pada zaman 2000 ke atas. Bayi-bayi moden kurang bijak dibandingkan dengan bayi 70,80 dan 90 an. Apabila bayi ini besar kelak, segalanya seperti sudah terhidang di depan mata untuk dinikmati. Sebaliknya terjadi pada bayi-bayi zaman lama, Fikiran mereka tidak terbatas. Mereka lebih cenderung untuk ingin tahu. Menjadi fleksibel dan lebih anjal dari otak biasa. Bayangkan bayi yang lahir dan celik terus melihat kerakusan penciptaan terulung semesta. Semuanya kelihatan mudah. Nak keluar dengan makwe ada Komuter, ada LRT ada kereta. Nak menalipon tidak perlu susah-susah. Talipon tangan ada. Nak makan pun tidak perlu fikir pasal mahal atau murah. Mekdi ada, KFC pun ada. Itulah hedonisme yang mencanak-canak berlaku. Segalanya kelihatan terlalu mudah untuk manusia kini.

Benarlah teori psikologi Freud. "Kecenderungan manusia untuk menjadi kreatif bergantung kepada susahnya hidup manusia itu, semakin susah semakin kreatif manusia itu. Sebaliknya, sekiranya terlalu mudah untuk manusia, ia akan kelihatan bodoh dan semakin entah apa-apa"
Kesimpulannya, kesan kebodohan ini berlaku kepada pelajar-pelajar di zaman ini. Dek kerana terlalu banyak ilmu disuapkan, mereka kelihatan seperti seekor ikan akuarium yang lapar bila diberikan makanan. Hanya muncul di permukaan bila lapar dan mati jika tidak diberikan makanan.

Tips menjawab soalan periksa lebih mudah dari apa yang kita sangkakan. Sila jawab semua soalan. Dan jangan tinggalkan tempat itu kosong. Kenapa masih ada yang bangang tinggalkan tempat kosong? Itulah ironinya.

0 repekan: