Sunday, October 9, 2011

Kerja Steve.

Raya dekat rumah anak orang kaya.Masa itu darjah tiga. Masuk-masuk rumah dah nampak sebutir piano dengan kayu mahagoni bersalut emas. Disebalik pintu, deretan kayu golf berserta kasut menghiasi ruang legar. Di balik kanan rumah, terpampang potrait family yang agak besar. Di lukis menggunakan arang batu. Hasil kerja yang halus itu sudah pasti membuatkan orang lain terpesona. Dan sebagai tanda kekayaan, satu potrait tuan rumah dilukis menggunakan pastel kaler bermutu tinggi. Gaya seorang tauke balak duduk sambil menghembus asap dari paip tembakau keluaran J.T Cooke di atas sekeping kanvas.

Tahun 1993, tiada apa yang menarik tentang teknologi. Saluran TVada tiga. Kalau berduit seperti tauke balak di atas bolehla pasang parabola sekeping. Orang cakap boleh tengok TV Australia punya rancangan. Arwah atuk beritahu banyak perempuan mat saleh pakai tak senonoh. Lagipun derjah tiga mana sunat lagi. Tak elok tengok cerita bukan-bukan dan memesong iman.

Di satu sudut kecil rumah ada satu ruang menempatkan meja dan kerusi opis yang bunyi spring bila bersandar. Sebuah komputer riba terletak di atas meja. Warna hitam kelabu dan skrin bersaiz 14 inci. Di bawah sudut skrin tertera lambang buah epal bewarna warni dan bertulis Power Book 500 series. Itulah kali pertama manusia kagum dengan komputer riba. Entah dari mana datangnya sains komputer riba ini. Tahun 1990, manusia kagum dengan talipon motorola besar botol air. Tahun 1993, manusia terkedu dengan komputer riba Apple. Tidak salah, harganya ialah $3950.00 US dollar. Kalau darab dengan empat ikut matawang sekarang lebih kurang RM 15,000.00 . Cilaka mana buat komputer sampai belas-belas ribu ini? Tahukah anda nilai RM 15 ribu pada tahun 1993 boleh beli kereta BMW. Kalau ada duit lebih boleh beli sebijik rumah pangsa yang murah area Sekolan menengah Maxwell.

Sehinggalah tahun-tahun berikutnya, jarang benar rakyat marhean mampu membeli sebijik komputer riba yang mahal bagai ini. Tahun masa kini atau genrasi Y, lambakan komputer riba Apple menjadi pedoman bagi setiap umat. Tidak kira di kopitiam, mekdi mahupun kedai bak kut teh Ah heng, komputer riba Apple menjadi satu fenomena kurun ini. Harga yang dulu mencecah belas-belas ribuan ringgit kini menjadi ribuan ringgit setanding komputer-komputer cap lain. Itulah kaligrafi yang Abang Steve Jobs ajar dekat manusia. Bukan setakat main khat sekolah agama. Seni abang steve tunjuk, sampai sekarang orang ternganga. Sekarang abang steve ni dah pergi tak berapa nak kembali. Steve ni dulu belajarnya bukanlah pandai sangat. Nak jadi MPP pun apa ntah lagi. Apa yang membezakan epal dengan komputer lain bukanlah terletak pada harganya tapi pada kepuasan menggunakannya. Tidak hairanlah harga epal dahulu mahal. Kerana pada tahun 1993, epal telah sedia ada menggunakan teknologi zaman sekarang.

Elok juga abang steve mati. Pada hari ini, terlalu ramai yang ingin menjadi seperti abang steve. Nasib baiklah abang steve tak buat kamera jenis epal. Insyallah Nikon dan Canon akan ternganga pada hari ini.



0 repekan: