Saturday, October 1, 2011

Obelong

"Facebook ialah sebuah tapak web yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc.Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook."

Perkara di atas merupakan maksud fesbuk yang dipetik dari wikipedia versi Bahasa Melayu. Perkara fesbuk masa pertama kali daftar tak adalah beria-ria sangat. Masa itu, K-Pop tidak sunat dan Lisa Surihani baru nak bergiat berlakon iklan.
Kewujudan fesbuk pada awalnya lebih kepada nak main game. Entah macam-macam game dibuatnya Mark Zuckerberg. Dan tidak pula ramai yang main game ini memandangkan myspace pada zaman itu masih rancak dan pengasasnya Tom hidup senang lenang bagai. Selain permainan ada juga kuiz-kuiz bangang. Antaranya, siapakah pahlawan serupa anda? Jawapan seperti Hang Tuah, Hercules, batman, spiderman dan lain-lain menyemarakkan lagi sikap seronok main fesbuk. Ada juga soalan-soalan seperti siapa anda dalam cerita KL Gangster dan pelbagai lagi kuiz-kuiz bangang lagi ceria.

Sehinggalah pada ketika ini, anda juga sedang menggunakan fesbuk sambil tersengih macam nak kena pelempang. Fesbuk sekarang sudah tidak kira masa, dari anak-anak kecil yang kencing bercabang sehinggalah kepada paklong, pak ngah, tok cik dan wan tidak dilupakan. Setakat hari ini, masih belum pula ada cerita bayi pertama daftar fesbuk. Okay, cerita pung pang pung pang pun tak ada guna. Sebenarnya scene fesbuk ini sudah semakin membejat. Keadaan sudah tidak terkawal. Anak-anak remaja resah bila pulang beraya kampung tak dapat online. Emak ayah pulang dari opis kerajaan berantakan mendapatkan komputer. Anak-anak terabai, kakak dan abang tidak bertegur sapa di rumah akibat main game di fesbuk. Wan dan tok wan bergaduh hal farmville dan paling seronok semua orang dapat meluahkan perasaan di fesbuk masing-masing.

Sebenarnya bahaya dominasi fesbuk ini lebih teruk dari freemason. Senang cerita, andai Fesbuk itu bukan lagi satu laman tapi satu pegangan. Tahun 2020, bayi-bayi yang baru lahir akan didaftarkan satu akaun fesbuk untuk minta kerja dengan kerajaan kelak. Fesbuk adalah globalisasi dan globalisasi adalah fesbuk. Pada ketika ini, entah berapa ramai yang sudah kena lipat melalui fesbuk. Seronok bergambar dan berjinggo-jinggo dengan pakwe makwe. Benda-benda seperti beginilah yang membuatkan otak lambat pikap dan modula oblongata bertukar menjadi burger obelong.

Nota Kaki: Sebenarnya, aku nak mengamuk ni. Ni cilaka mana pergi tukar paswed fesbuk aku ni.

4 repekan:

suha asha said...

adoyyai..patut la mengammuk sakan..
hahaha

KOMENG55 said...

La..ingat nak ord burger Obelong ermmm..

liyani rasdi said...

pening baca...:P

liyani rasdi said...

http://aikalliyani.blogspot.com/2011/10/wordless-wednesday.html

ce tgk...:P