Tuesday, November 15, 2011

Bank Rakyat

Siapa-siapa yang kerja Bank Rakyat sekarang ini bolehla berhenti kerja dan pencen awal. Buat kerja lembap. Kaunter bank rakyat ada empat, tapi buka dua kaunter. Manusia apa buat perangai macam ini. Kalau tak ada pekerja, bukalah temuduga terbuka. Dekat luar sana ramai yang menganggur nak berkerja bank. Buat kerja pakai otak jadi lembap, lain kali buat kerja pakai kaki.

Pekerja di kaunter banyak berfikir tak berhenti-henti. Bila banyak berfikir, tak selesai kerja. Berfikir sepatutnya sekejap sahaja. Buat pantas dan tangkas. Dahulu, bila nak buat kad bank di Public Bank, dalam masa 15 minit sudah selesai. Sekarang, nak buat kad bank di bank rakyat, sampai sejam baru selesai. Apa cerita? Lebih baik tukar slogan bank pilihan anda kepada bank bangang anda. Bonus nak sampai berbelas bulan. Bank lain bonus tak cecah sepuluh bulan. Sepatutnya, kalau sudah jadi bank kerajaan, kerja itu buat elok-elok. Kang aku tumbuk kang. Berderai juga hidung. Kalau buat kerja dekat kaunter, mengintip sedikit pelanggan dekat hadapan. Ramai ke tak. Kalau ramai, kena pantas sedikit.

Cuba tengok Maybank, CIMB. Kerja dekat kaunter berlari macam sukaneka. Maknanya semua benda perlu tangkas. Lagi satu,, lain kali bagi perempuan kerja dekat kaunter. Perempuan kalau kerja mengira duit, cop sana-sini skil dia tinggi sedikit dari lelaki. Kalau tak percaya, tengok akaun bank perempuan. Mereka golongan yang teliti dan cekap akan hal-hal duit. Kalau yang sedap mata memandang lagi bagus. Letak lelaki jaga kaunter memang jahanamla. Sudahla muka nak makan pelempang. Senyum sikit punya payah.

Paling ramai sekali warga emas yang teraniyaya. Mereka ini, nak simpan duit dalam tabung haji. Apa kau ingat seronok duduk lama-lama dengar suara perempuan panggil nombor? Warga emas ini pun banyak kerja. Orang awam banyak kerja. Makcik-makcik, isteri tunggal semua punya urusan. Esok aku nak pergi bank sekali lagi. Kalau macam gampang juga. Aku bakar.

1 repekan:

Anonymous said...

cari bakal isteri kerja bank rakyat baru cepat segala urusan...