
Hidup ini sebenarnya tidak la susah dan tidak la pula senang. Teringat pula kata-kata seorang kawan yang jelasnya begini " kau bila dah ada anak nanti, barulah kau tahu macamana susahnya nak jaga mereka". Memang tidak dinafikan menjaga anak-anak itu satu tanggungjawab hakiki. Tanggungjawab yang merujuk kepada jawatan sebagai ibu dan bapa. Yang peliknya di sini, kenapa harus ada anak, baru merasakan susah nak menjaga mereka? Kenapa menjaga anak ini suatu perkara yang susah? Kitab Al Quran tidak menjelaskan tugas menjaga anak itu suatu beban. Dan saya pasti di sini, Bible juga bersependapat dalam hal ini. Persoalan bila sudah anak dan baru kenal erti susah adalah pemikiran melayu kolot. Walhal mereka pernah menjadi anak suatu masa dahulu. Kini, mereka terkontang-kanting mengatakan menjaga anak itu susah dan membebankan. Bagaimana mereka melihat diri mereka yang satu ketika pernah menjadi seorang anak?
Tahun 1991 sehingga 1996, ketika itu di sekolah rendah. Saya masih ingat lagi bagaimana cikgu melibas kami dengan rotan yang panjang. Di saat itu, sekolah masih lagi menggunakan kapur tulis dan papan hijau. Bagaimana dua orang pelajar disumbat kapur ke dalam mulut sehingga patah kapur tulis. Itu cerita dulu. Cerita sekarang sudah lari banyak dengan dahulu. Tetapi orang mahukan cerita dahulu. Cuma penerimaanya mungkin tidak seperti dahulu. Cerita P Ramlee, mungkin sudah ketinggalan dek zaman, tetapi sehingga kini orang masih lagi mahu menonton filem beliau.
Pelajar sekarang banyak berhadapan dengan apa yang dipanggil Media-Interference. Ini tidak beberapa baik kalau terlalu lama menjadi pedoman. Dahulu, kita beranggapan, dengan kewujudan internet akan dapat membantu penerokaan ilmu tanpa ruang batas. Apabila tahap pemahaman melalui internet sudah matang, ia perlahanan-lahan mendidik kita menjadi insan yang lembap dan malas. Media-Interference merupakan alat mudah untuk mendidik anak-anak di zaman ini menjadi lebih bergantung dan dimanjakan. Mungkin pendapat saya agak kolot, tapi itulah realiti Internet sekarang. Siapa yang talipon mereka tiada akses Internet, dia kodi.
Nah, bagaimana pula pada zaman yang akan datang? Orang tua-tua apabila melihat komputer, terkejut beruk dengan kecanggihan ini. Bagaimana pula saya? Apabila saya tua kelak, adakah saya akan terkejut beruk jikalau melihat orang gaji sya merupakan seorang robot? Atau terkesima dengan perjalanan dari Gua Musang ke KL menggunakan teleportasi dalam masa sejam? Itulah ceritanya. Setiap benda pasti akan berubah. Tetapi hanya satu yang tidak pernah berubah. Pejamkan mata, dan lihat melaluinya.
0 repekan:
Post a Comment