Tuesday, December 13, 2011

Ombak Rindu.

Sejak ombak rindu ditayangkan oleh pawagam baru-baru ini, bukan main lagi anak-anak gadis turun membawa kotak tisu berbandel-bandel ke pawagam. Tidak kurang juga pakwe-pakwe yang datang meneman makwe masing-masing. Ramai jantan-jantan yang menitiskan air mata. Biasanya, jantan yang mudah menitik air ini jenis gagal bercinta dan tak pernah hidup rock.

Walaubagaimanapun, bukanlah ombak rindu sahaja yang tengah sedap. Tapi peranan Lisa Surihani dalam ombak rindu memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Maya Karin sebenarnya orait juga, tapi Lisa ini lain macam sedikit berlakon dia. Itu hari, ada ternampak Lisa dekat midvali. Lisa macam nak tegur, tapi macam biasalah, hidup rock ini kena keras. Kah kah kah.

Ombak rindu pun ombak rindu juga. Yang sekarang ni ramai nak jadi Aaron Aziz ape kejadahnya. Ramai pula anak muda yang terkinja-kinja mahu menjadi seperti abang Aaron. Sebenarnya, eloklah kita mengaji daripada menjadi orang lain. Kelak tak ada guna juga. Lihat apa sudah jadi dengan kumpulan K-pop Malaysia. Entah menyorok dekat mana agaknya.

Lisa, abang harap adik Lisa berlakon baik-baik dan jangan nak ikut sangat Neelofa. Lisa ini, abang ingat dah boleh buat haji dah. Kalau adik Lisa pakai tudung, sedap sedikit mata memandang. Orait, jangan lupa cerita cinta aiskrim potong kita!

1 repekan: