Di suatu petang yang hening, ketika dua ekor anjing sedang berkejar-kejaran, datang seorang gadis comel yang mukanya saling tidak tumpah seperti jiran aku yang terpisah kira-kira 20 tahun yang lepas.
"eh, awak! awak buat apa kat sini?" tegur gadis comel dengan sepasang lesung pipitnya.
Aku terkemam. Sambil mengetis rokok, lalu perlahan-lahan menghembuskan asap ke sisi kiri jauh dari kedudukan gadis comel itu.
"saja, lama tak ke sini. Kat sini tenang, tidak seperti di bandar" balas aku sambil tersenyum nipis.
Mengikut kira-kira, sudah hampir lima tahun aku tidak ke sini. Tak banyak yang berubah, kedudukan tangki air peninggalan zaman British itu masih tersergam indah. Pokok beringin dan bunga cempaka hutan masih berbau harum seperti dulu. Dan dua ekor anjing baka cockkapoo membesar seperti tiada orang peduli akan dunia mereka.
"awak rindu saya tak?" tanya gadis comel.
"tak pun" balas aku bersahaja.
"jahat!" bentak gadis comel.
Hari ini genap 20 tahun aku dan gadis comel berkawan. Cuma gadis comel yang tak berapa serius kalau berkaitan dengan kahwin. Katanya, dia sibuk dengan filem-filem barunya. Kadang-kadang dalam sebulan ada tiga empat kali pengambaran untuk iklan. Ini termasuklah kosmetik dan myeg. Itu belum termasuk menjadi pengacara sukan di ASTRO dan beberapa hos di rancangan lain. Entah berapa kali sahaja dalam bulan ini aku dapat jumpa gadis comel. Paling-paling tak pun aku hanya mengirim pesanan ringkas. Tiga empat jam baru dibalasnya. Kalau senyap itu, maknanya sudah tidur.
Ya, hidup aku dan gadis comel lain dari sudut istilahnya. Kami berjiran sejak kecil dan dari situ kami melalui satu fantasi yang kami bina sendiri. Bezanya kaami sudah besar. Gadis comel memilih untuk menjadi muka di Televisyen. Aku hanya seorang kutu yang biasanya bangun pagi melepak dan malam ketuk drum.
***
Gadis comel menarik tangan aku, lantas merenung ke dalam anak mata aku.
"i want you to be the first one to know" getus suara halus gadis comel.
"pasal apa?" balas aku gementar.
"i am getting married Adreen !" tegas gadis comel serius.
"all of sudden! why?" tanya aku curiga.
"i terpaksa, kehendak family. and u know how much i love u." gadis comel mahu menyedapkan hati.
Cerita gadis comel nak berkahwin sampai tersebar ke serata Malaysia. Masuk dalam Beutiful Nara dan OH Media. Obefiend aku tidak beberapa pasti. Sidang media pun sudah dibuat. Cincin sudah bersarung. Tarikh pada bulan dua tahun hadapan. Semua ahli keluarga sudah bersepakat dan yang paling penting gadis comel bukan main seronok lagi. Berbeza dengan air muka gadis comel tempoh hari. Ketika ini, lagu Pupus dendangan abang DEWA bermain di setiap hon-hon kereta dan juga pembesar suara sepanjang jalan. Cilake betul. Tapi kenapa dia yang kau pilih?
Kehendak family konon. Demm it. Aku sepatutnya tahu dari awal lagi. Artis adalah untuk artis. Artis bukan untuk kutu. Hidup sebagai kutu ini, adalah kehidupan yang paling mencabar dalam dunia ini. Jatuh bangun kutu bukan terletak kepada kerajaan nasional atau pembangkang. Artis dan orang macam gadis comel suka mempermainkan perasaan lelaki seperti aku. Bermula dari jiran dan teman akrab. Cilaka Yusry.
Akhirnya, gadis comel akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang duda. Ada lebih kurang dua bulan ini, aku harap gadis comel elok-elok sahaja. Kalau ada apa-apa berlaku terhadap gadis comel, aku bakar kenduri kahwin rumah pengantin lelaki itu kelak.
Cinta aiskrim potong dan kenangan jadi suami isteri masa kita kecil, akan dipahat dalam ingatan ini bersama gadis comel sampai bila-bila.

Selamat berbahagia Lisa aka gadis comel.
Nota :Gampang dan cerita jiran ini tidak akan disambung.
6 repekan:
hahahahah.. pelamin aiskrim potong angan-anganku musnah.. 23 februari. sabar long.
mula2 bc mmg suspen,
tp akhirnya...
hahahahahahahaha...
buat penghilang stress di kala final...=)
sudalah pelik..bile bab ni trus kantoi ko syiok sinri..hahahaha
baru nak kagum mr ad kenal lisa... hahaha
HAHA. kelakar ! eh kamu..saya da follow kamu , follow sye semula ok. macehh :))
Memang Gampang gua baru ja nak layan I love Papa haha...
Post a Comment