Sebagai seorang kutu, aku tidak memilih mana kehidupan yang komplikated mahupun yang sopistikated. Kehidupan aku biasa-biasa sahaja. Awal pagi pergi mengajar kemudian balik mengajar aku pergi endomondo. Kalau aku lapar malam-malam, kebiasaanya aku akan pekena nasik dengan kawan-kawan. Mengikut kestabilan fizikal dan mental, sekiranya banyak benda nak berborak malam itu, kadang-kadang dibawa sehingga satu dua pagi.
Baru-baru ini, aku ada beli satu talipon baru. Dan aku namakan beliau sebagai Joe. Sekaligus memecahkan tradisi untuk tidak memakai talipon canggih sepanjang hayat ini. Bila fikir-fikir balik, sebelum aku berbini eloklah aku ada talipon canggih. Lagipun kutu kena pakai talipon power, senang nak berurusan dengan kutu cawangan lain. Hidup dengan Joe ni bukan main senang lagi urusan aku. Setiap masa jika aku berdepan kesulitan untuk berurusniaga dan endomondo, aku sudah ada Joe. Kadang-kadang Joe ni berlagak bukan main lagi mengalahkan talipon lain. Aku hanya mampu tersenyum nipis.
Awal pagi biasanya aku dikejutkan oleh Joe. Dulu, bunyi penggera loceng talipon aku bukan main buruk bunyinya. Tiga empat kali juga aku baling ke dinding. Sejak ada Joe ni, rupanya lagu pun boleh buat penggera loceng talipon. Bukan main seronok lagi, kalau selena gomez yang kejut aku bangun dengan lagu beliau 'love you like a love song'. Persoalannya, adakah aku akan setel down dengan Joe? Adakah kuasa membeli dan teknologi ibarat graf eksponen yang tiada infiniti?
Kah kah kah. Sebenarnya aku pun tak tahu. Tapi apa yang pasti dalam dunia teknologi ini, the end has no end. Pehhh. Power lagi rupanya Inggeris aku. Nasihat aku kepada anak-anak muda di luar sana. Simpan dan menabunglah anda, kelak duit tabung itu boleh kita membeli talipon yang power untuk tuit dan foursquare. Cilaka betul. Entah macamana aku nak diskraib power Joe pun aku tak tahu. Kah kah kah. Akhir kata, majulah Joe untuk kutu!
2 repekan:
untunglah selena gomez kejutkan..haha
Siut..!! Tu klu Joe bt hal roger2
Post a Comment