Aku dulu ada seorang kawan Cina. Nama beliau ialah Lee Hwa Keong. Satu-satunya kutu cina dari kultus Teratai putih yang aku rapat. Seorang lagi kutu, dari India yang bernama Suba Rao. Lee Hwa Keong bukan calang-calang kutu. Hampir semua Cina lain menyimpan dendam kesumat terhadap beliau. Kebijaksanaan Lee mendapat nombor satu dalam kelas adalah perkara biasa saban tahun. Selain mahir berbahasa Perancis, Lee juga mahir dalam Jerman dan Sepanyol.
Di rumah Lee, terdapat seketul piano yang agak mahal dari rupa. Di bilik beliau, tersusun komik Dragon Ball serta model robot Gundam yang di import khas dari Jepun. Ada sebuah TV sharp berserta konsol permainan Playstation dan beberapa buku tulisan cina yang aku rasa novel percintaan. Di dapur, emak Lee sedang subuk meyiapkan makanan tengahari sambil membebel dalam bahasa Mandarin. Satu poster penyanyi Cina berseluar pendek ketat yang aku tak ketahui namanya, terpampang besar bersebelahan kalender cina di dinding bilik.
Rutin seharian Lee kebiasaanya pergi sekolah dan balik sekolah pergi Tuisyen. Kalau tak ada tuisyen, Lee akan belajar di sekolah seorang diri. Katanya, di rumah tak boleh belajar. Sebab banyak benda lain kena buat. Lee bukanlah cina normal. Cina lain bawa bekal botol air ke sekolah. Lee pula tidak percaya modus operandi bekal air. Lagi satu hal, Lee jenis yang tak makan makanan sekolah. Asyik-asyik roti dari rumah.
Emak Lee selalu masak mee kantonis sekiranya aku bertandang ke rumah beliau. Sebagai menghormati tetamu, hanya makanan laut sebagai perencah dalam mee. Habis makan, satu keluarga akan mendengar Lee bermain piano. Emak Lee selalu berpesan kepada aku supaya tolong tengok-tengokkan Lee. Emak beliau bertegas supaya Lee tidak bercinta dengan makwe cina di sekolah. Pada ketika itu, aku tahu Lee sedang berkenan dengan seorang makwe cina yang namanya Amanda.
Sudah kira dua belas tahun aku terputus hubungan dengan Lee. Sehinggalah baru-baru ini aku terdetik untuk mencari beliau di Google. Rupa-rupanya, Lee sekarang merupakan doktor hospital di Kedah. Muka masih sama dan aku yakin perangai masih lagi seorang kutu yang suka manghabiskan masa bermain playstation dan mengorat makwe.
"kalau lu mahu jadi pandai, lu kawan dengan dengan orang pandai. Tapi kalau lu mahu jadi rajin, lu kawan dengan Cina."
Antara kata-kata semangat seorang kutu berbangsa Cina.
Gong xi Fatt Choi Lee Hwa Keong.
0 repekan:
Post a Comment