Melihat dendam dua bersaudara seagama, aku merasakan benda ini tidak kelakar dan aku harap Tuhan buka pintu hati untuk dua kutu ini.
Sebenarnya, tiada apa yang lebih memilukan kalau kena buang kerja. Zaman sekarang bukan senang nak mencari pekerjaan tetap. Dan jika kau tetap sekalipun, bukan bermakna itu tiket untuk kau melakukan semuanya sesuka hati kepala otak kau. Dalam satu opis, banyak hal boleh terjadi. Bergaduh misalnya. Atau salah faham. Cuba kau fikir, kalau tak berlaku semua ini, pastilah dunia ini tidak menarik. Paten manusia Tuhan cipta cukup berbeza-beza. Aku perangai hensem, kau perangai jambu. Begitulah perangai manusia. Setiap inci rambut berbeza pekertinya.
Persoalannya sekarang, bukan cara nak mengelakkan pergaduhan atau salah faham di opis. Tapi aku nak kau fikir. Kuat tak kau nak memohon maaf lalu menyusun sepuluh jari selepas bergelut? Tak ramai boleh buat. Sebab masing-masing ego bukan main tinggi. Tak payahla nak tunggu raya baru nak minta maaf. Kita semua manusia biasa. Esok-esok kalau mati dan dibangkitkan semula, kita berada dalam keadaan sama bogel, sama jijik, sama kerdil dan sama-sama. Bukan manusia pijak nyamuk, nyamuk pun tak mati.
Tidak salah mempunyai dendam. Tetapi pastikan dendam itu sejenis dendam yang mulia. Dendam untuk menjadi lebih kaya misalnya. Dendam mahu jadi pintar dan power. Kalau nak berdendam pasal kena buang kerja. Silalah berjalan menuju kehancuran. Satu lagi hal aku nak cakap ialah berkenaan ego dan etika. Sepanjang 5 tahun aku berkecimpung dalam arena mengajar, kau kena belajar ketepikan ego. Terutama sekali dengan pelajar. Dulu bolehla nak berlagak sombong. Zaman sekarang, budak-budak dah banyak berubah. Begitulah juga dengan rakan sekerja. Kita bukan Tuhan. Bahkan, Tuhan pun tidak ada sifat ego. Berperangai elok la sekali-sekala. Cuba positif sedikit dalam kehidupan. Biasanya, orang tak bahagia bukan sebab banyak masalah tapi sebab suka cari masalah.
Aku nasihatkan kepada dua kutu opis ni. Berbaiklah. Sudah-sudahlah berdendam. Esok-esok manalah tahu anak-anak bila dah besar jodoh bersama. Itu jam baru nak melopong. Kalau rasa susah nak minta maaf, beritahu aku. Sebagai seorang kutu aku akan cuba buat yang terbaik.
7 repekan:
adakah dia dibuang sebab dendam? atau sebab disiplin? menyerang pekerja wanita? alwayz came late 4 work? x cukop sebab lg utk diberhentikan.. tepuk dada tanya selera.. organisasi mana yg buang pekerja sebab dendam.. bnda ni utk umum~ renung2kan.. selamat beramal..
Hai Cik Anon.
Dia dibuang tak perlu lah tahu kenapa. Cuma cukup sekadar ada rasa simpati pada beliau. Berkaitan dengan dendam. Cukup-cukuplah berdendam. En Anon tahu tak, bermula dari dendam datanglah perkara tidak elok. Itu salah satu faktor dibuang kerja. Benda ini bukan untuk umum. Benda ini untuk mereka yang mempunyai dendam dan ego yang tinggi barangkali.
Ukhwah fillah.
kerja mau ikhlas maa.. xmao dendam , gado2.. apa dapat? dpt kutu atas kepala.. lau ego nak bekerja, x pyh kerja. ramai lagi org yg perlukan kerja diluar.. beri pada yg layak.. aku ckp ikot sedap halwa je, mcm aku betol, org len slh.. itulah ego.. suma aku betol.. kao je yg slh.. kau ada ego?haha
ckp banyak pon x guna.. dulu naseb kau pon hampir cam dia.. mujur ada hamba tuhan yg nolong weh.. bersyukur suda
Salam.
Ambui. marah bebenor puan Anon ye.
Sampai 3 kali komen. Keh keh keh.
haha.. kesian kau
Post a Comment