Wednesday, December 19, 2012

Status Facebook yang menjadi Syaitan manusia.

Setuju atau tidak, anda harus bersetuju dengan saya. Sekurang-kurangnya buat masa ini. Anda harus akui yang kita ini sudah terpelanting jauh dari norma kehidupan manusia biasa. Setiap pagi sama ada yang bekerja akan menyemak status Facebook rakan masing-masing. Yang pelajar pula akan cepat-cepat melihat notifikasi untuk membilang berapa banyak 'like' yang diterima. Begitu juga kawan-kawan kita di kampung, di desa, di sawah padi. Majoriti akan tunduk sujud pada mahadewa yang dipanggil Facebook ini. Keterlanjuran mengemaskini status Facebook adalah perkara rutin kita. Sayang sekali kita tidak mengaplikasikan (mengemaskini rutin) benda seperti ini dalam solat dan Zikir. Membaca Al-Quran jauh sekali.

Namun, ini bukanlah isi yang ingin saya kupas. 

Kita kena terima hakikat pada era ini, manusia telah mencapai satu tahap ejakulasi yang belum klimaks tetapi akan klimaks apabila teruja dengan status rakan masing-masing di Facebook. Saya bagi satu contoh ; Ali sedang mengemaskini status di Facebook "Bengang betol". Dua minit kemudian Ali pasti akan beranggapan akan ada hamba Allah yang akan bertanya (kenapa). Itu tidak termasuk rakan-rakan yang akan menulis komentar "sabar" dan macam-macam lagi. Saya klasifikasikan ini sebagai tahap pertama. Tahap yang mana semua kelihatan biasa-biasa dan tiada propa. Jadi apa sebenarnya yang menjadi isu? Isu akan terjadi hanya selepas Ali balas komentar (kenapa) itu tadi. Sekiranya Ali memilih untuk diam dan tiada respon. Cerita akan habis. Andai kata Ali membalas dengan " Aku bengang dengan kawan opis aku, suka makan durian sampai bau satu opis". Nahh, Pada tahap ini, prasangka dan prejudis mula muncul perlahan-lahan. Siapa yang makan durian? Siapa kawan opis Ali? Ali kerja dekat mana? Teruknya opis Ali. Orang makan durian pun Ali nak bengang, Ali ni kenapa kecoh. Semua benda ini sebenarnya boleh saya simpulkan sebagai mengarut dan buang masa. Inilah tahap kedua. Tahap yang mana isu status menjadi lebih hangat (Excitement). Tahap ketiga hanya akan terjadi apabila komentar-komentar ini dibalas pula dengan isu ketidakpuasan hati oleh Si A(orang yang makan durian). Orang yang makan cili terasa pedasnya. Tahap apabila, rakan-rakan lain ibarat memakan 'popcorn' melihat dua orang tolol ini bergaduh berkenaan isu Durian.

Saya ingin jelaskan di sini, perkara di atas tadi adalah contoh mudah. Ada lagi fenomena kompleks yang mana setiap hari and buka Facebook anda sendiri mengalaminya. Jadi, apa yang kita belajar? Setiap hari kita buka medium ini, adakah kita pelajari sesuatu? Jadi, bagaimana pula yang mengajukan status Facebook secara umum? Saya pasti, ramai juga akan sakit hati (butt hurt). Rata-rata kita tidak suka merasa terancam, lebih-lebih lagi status itu ditujukan kepada kita sendiri walaupun ia umum. Tetapi kenapa kita tidak merasa terancam kalau status itu begini "siapa tinggal solat masuk neraka". Paling kurang hanya 40 'like'. Kita hanya risau status yang menjadi isu personal dengan manusia bukan dengan Tuhan. Oleh kerana itulah, kebijaksanaan dalam berfikir penting sebelum kita bercakap atau sebelum kita post. Dan bagi saya, orang yang jarang-jarang mengemaskini status Facebook adalah mereka yang bijak. Mungkin mereka kurang peduli dengan benda yang merapu atau lebih memilih untuk menjadi pemerhati dan membuat kesimpulan sendiri dalam dunia sebenar. Bukan dengan alam maya. Sebab itu juga, status Facebook juga boleh menjadi kayu pengukur kebijaksaan seseorang. Katalah sebentar lagi saya buat status begini " Orang perempuan free hair semua masuk neraka". Bagi merka yang punya akal, akan menganggap ini provokasi murahan. Ada juga akan menggelar saya akal cetek. Malah akan ada yang menyerang saya dengan sedemikian rupa. Sejauh mana anda dapat menangani isu ini. Dimana letaknya tahap kecerdikan anda akan menjadi satu kekuatan. 

Persoalan yang timbul pula adalah 'suka hati saya kerana itu status saya'. Begini, sekiranya anda sekolah tadika maka ada benarnya anda berkata begitu. Tapi jika anda lelaki yang sudah keluar mani dan perempuan sudah datang bulan, perlulah berfikiran matang dan cerdik.  Ketaksuban kita dalam sesuatu benda mempengaruhi sikap kita. Tidak dinafikan, ramai juga yang buat status ke arah kebaikkan. Kebaikkan yang dimaksudkan adalah dalam konteks ilmu dan perbincangan sihat. Kadang-kadanga kita perlu tanya diri kita, apa tujuaan status dibuat? Sila nilai kualiti status anda dengan kesan persekitaran anda. Kesan dan implikasi kepada orang lain. Sekiranya anda bekerja di satu syarikat, dan tidak puas hati, adakah relevan dalam status Facebook menghentam syarikat anda? Perumpamaan bagi mereka yang membuta-tuli menghentam seseorang di Facebook adalah seperti tiada jalan lain kecuali bertumbuk. Ramai juga golongan yang suka bergaduh di Facebook kemudian mengambil jalan berjumpa untuk 'setel luar'. Di manakah ketamadunan manusia kita sebenarnya? Tepuk dada tanya selera.

Suka saya jelaskan di sini bahawasanya status Facebook anda adalah sumber pahala dan dosa anda sendiri. Obses Facebook ini adalah anugerah dunia. Gunakan sebaik mungkin. Status Facebook adalah pantulan kepada diri anda sendiri. Jangan jadikan status Facebook anda mahupun orang lain sebagai syaitan maya.

3 comments:

Anonymous said...

like this entry coz it makes me think.Itulah realiti social networks yg ada skg ni..To get attention and pay attention.Apapn, kebijaksanaan dlm mentafsir adalah individu :)
-ira-

adreen said...

saya tidak luang masa yang lama di FB. sekadar sekali skrol. Cepat-cepat beralih kepada email. :-)

La Kuchi said...

kadang-kadang membaca status yang banyak maki hamun, dan inginkan perhatian juga menjadikan diri penat...so scroll je terus sampai bawah!